03 Julai 2010

Tips Penajaan Efektif yang anda perlu tahu


Ramai yang gagal dalam perniagaan MLM pada awal penglibatan mereka adalah disebabkan faktor “kurang menaja” pengedar yang baru untuk perniagaan mereka. Sepertimana yang anda sedia tahu, perniagaan yang berkonsepkan networking ini memerlukan anda untuk mempunyai senarai pengedar yang berkualiti (bukan kuantiti) untuk memberikan pulangan yang lumayan.

Namun, apakah teknik penajaan yang efektif agar anda dapat mempercepatkan proses kejayaan anda melalui perniagaan MLM ini? Disini saya akan menyenaraikan tips-tips untuk anda melakukan penajaan dalam perniagaan MLM.

1. Menganggap Perniagaan MLM Seperti Perniagaan Anda Sendiri
Punca kegagalan utama dalam menghasilkan penajaan ialah berkaitan dengan mentaliti anda sendiri. Ramai yang mempunyai mentaliti sebagai seorang “salesman” apabila mereka menyertai perniagaan MLM. Tidak dinafikan bahawa setiap perniagaan akan mempunyai proses “menjual sesuatu” kepada prospek-prospek yang berkaitan. Namun apabila anda mempunyai mentaliti sebagai seorang “penjual”, anda akan meletakkan fokus sepenuhnya dalam penjualan produk, bukannya “membina perniagaan MLM” tersebut.

Tetapi apa kaitannya dengan penajaan? Dengan menganggap ia sebagai perniagaan anda sendiri. Secara automatik anda mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bercerita kepada prospek-prospek anda mengenai perniagaan MLM yang sedang anda jalankan. Ketika anda hendak melakukan penajaan, keyakinan anda akan dinilai berdasarkan cara anda mempersembahkan diri anda kepada para prospek.

Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui segala latar belakang mengenai syarikat MLM anda. Dengan mempunyai mentaliti sebagai seorang usahawan, maka anda akan mengambil serius tentang syarikat MLM anda.

2. Bijak Dalam Menganalisis Prospek
Apabila anda ingin berjumpa dengan prospek, adalah lebih baik jika anda mengenali sedikit sebanyak latar belakang mereka. Ini bertujuan agar segala maklumat yang anda ingin sampaikan dapat diterima oleh mereka.
Beberapa perkara penting yang anda perlu analisis terhadap prospek anda ialah:
  • Nama penuh
  • Latar belakang keluarga (Kaya / Sederhana / Miskin)
  • Pekerjaan
  • Masalah yang dihadapi
Empat poin yang diterangkan di atas merupakan analisis yang harus anda lakukan sebelum anda berjumpa dengan mereka untuk melakukan penajaan. Mengapa saya sarankan agar anda menganalisis mereka? Sebagai seorang manusia, apabila anda menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang kedudukan yang mereka alami sekarang, kepercayaan mereka akan meningkat terhadap anda.

3. Fokus Pada Apa Yang Mereka Mahu, Bukan Apa Yang Kita Mahu Dari Mereka
Kesilapan yang sering dipandang remeh adalah ketika menerangkan perniagaan MLM ini kepada prospek anda. Saya menyarankan agar anda lakukan teknik “Tanya dan dengar (T & D)” dimana soalan yang diajukan itu harus berkaitan dengan kehidupan mereka. Contohnya seperti:
  • Adakah saudara / saudari mempunyai sumber kewangan yang cukup?
  • Bagaimana dengan kehidupan anda sekarang? Adakah ia lebih selesa daripada dahulu?
  • Jika anda mempunyai peluang untuk memulakan perniagaan daripada rumah, apakah jenis perniagaan yang anda ingin jalankan?
  • Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan MLM?
Soalan-soalan di atas hanya dijadikan contoh sahaja agar para pembaca mendapat gambaran jelas berkenaan soalan yang sesuai ditanya berkaitan dengan kehidupan prospek anda.
Pastikan anda mendengar jawapan daripada mereka terlebih dahulu sebelum memberikan pendapat anda. Elakkan daripada mencelah percakapan mereka kerana melalui teknik ini, anda akan dapat mengenalpasti apakah masalah yang mereka hadapi. Seterusnya menjadikan masalah yang dihadapi tersebut sebagai salah satu faktor utama mengapa mereka harus menyertai perniagaan MLM bersama anda.

4. Rajin Melakukan Follow-up
Follow-up merupakan satu perkara yang penting jika anda gagal untuk menaja mereka pada hari pertama anda menerangkan pelan pemasaran pada prospek. Hakikatnya, bukan mereka tidak mahu menyertai perniagaan MLM, tetapi mereka masih tidak lagi mempercayai kata-kata anda.
Jadi, anda perlu membina hubungan yang baik dengan prospek dengan menghubungi mereka pada hari-hari yang bersesuaian untuk berkongsi informasi-informasi yang dapat memberikan manfaat kepada mereka.
Jangan hadkan pada penggunaan telefon sahaja. Aplikasikan teknik follow-up ini pada email dan sebagainya.

5. Menerangkan Support System Kumpulan Perniagaan Anda
Buat pengetahuan anda, prospek-prospek anda berhak untuk memilih sesiapa sahaja untuk menaja mereka. Jadi, anda perlu berikan sebab yang dapat meyakinkan mereka untuk menyertai pasukan anda. Salah satunya ialah support system yang terdapat pada kumpulan anda seperti menyediakan forum dan pelbagai bantuan seperti CD penerangan pelan pemasaran bagi membantu ahli pasukan kami untuk memajukan perniagaan MLM mereka.

Kesimpulannya, apabila melakukan penajaan, anda perlu meletakkan fokus sepenuhnya terhadap prospek anda dan jangan sesekali mengaku kalah jika prospek anda tidak berminat. Seperti yang telah saya katakan tadi bahawa kepercayaan memainkan peranan penting apabila anda mahu menaja seseorang.

0 comments:

Catat Ulasan

MILLIONAIRE IN THE MAKING

MILLIONAIRE IN THE MAKING
Klik untuk dapatkan buku ini sekarang!!
Terdapat ralat dalam alat ini
 

Minda Networkers. Copyright 2009 All Rights Reserved