06 Julai 2010

Iktibar Piala Dunia, kaitannya dengan MLM



Sekarang ini musim Piala Dunia. Di mana-mana sekalipun kita akan melihat ramai orang bercakap mengenainya. Ramai yang mula bermain bolasepak pada sebelah petangnya. Pengaruh Piala Dunia begitu ketara di dalam masyarakat sedunia.

Banyak keputusan yang mengejutkan berlaku di dalam mana-mana Piala Dunia, termasuklah Piala Dunia kali ini yang di adakan di Afrika Selatan. Kekalahan Brazil iaitu ranking pertama dunia di tangan Netherlands adalah di antara perkara-perkara yang di katakan mustahil tetapi berlaku juga akhirnya.

Ada iktibar ataupun pengajaran yang kita boleh ambil daripada apa yang berlaku di dalam perlawanan Brazil menentang Netherlands baru-baru ini. Mari kita lihat 4 iktibar yang boleh di ambil kira di dalam menjalankan perniagaan MLM untuk menjana pendapatan berterusan kepada anda.

Iktibar pertama : Orang yang biasa-biasa pun boleh menjadi luarbiasa

Berdasarkan kekuatan dan prestasi pemain, Brazil adalah jauh lebih baik daripada pemain Belanda. Namun nama seperti Kaka, Robinho dan lain-lain tenggelam dengan kehebatan pemain biasa-biasa seperti Robben dan Kuyt. Di dalam bolasepak, teamwork amat penting dan pasukan yang berjaya memainkan peranan teamwork akan berjaya. Mereka juga mengikuti sistem yang di ajarkan dengan sempurna.Iktibar nya di sini walaupun anda adalah orang yang biasa-biasa dan tidak pernah berjaya di dalam MLM sebelum ini sebenarnya boleh menyerlah sekiranya anda mengikuti sistem yang betul dan bekerja secara berkumpulan (teamwork). Anda tidak perlu menjadi seorang superstar untuk berjaya !

Iktibar kedua : Kesungguhan dan komitment akan membuahkan hasil pada akhirnya

Sepanjang separuh masa pertama Brazil adalah pasukan yang mengasak Belanda dengan hebat dan mereka berjaya menjaringkan gol. Pada separuh masa kedua pula, Belanda mula mengorak langkah dan pada setiap saat setiap peluang yang ada adalah dengan mengasak Brazil dengan hebatnya. Tanpa ada rasa jemu mereka berkomitmen dan bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol. Akhirnya mereka berjaya, malah bukan dengan satu gol sahaja tetapi 2 gol yang membawa mereka ke perlawanan separuh akhir menentang Uruguay.
Jika anda bersungguh-sungguh dan berkomitmen di dalam menjalankan perniagaan MLM anda dalam menjana pendapatan sampingan anda juga pasti berjaya. Kesungguhan dan komitmen akan mendorong kita untuk terus berjuang sehingga berjaya menghasilkan sesuatu yang membanggakan. Ianya akan mengambil masa kepada apa yang anda lakukan akan berbaloi di dalam jangkamasa yang panjang.

Iktibar ke tiga : Fokus pada apa yang anda inginkan (matlamat)
Ternyata selepas tertekan dan ketinggalan satu gol, pemain Brazil sudah mula hilang fokus kepada permainan. Selain daripada bola, kaki pemain Netherlands yang menjadi mangsanya. Jika anda hilang fokus kepada matlamat yang ingin anda capai, anda tidak akan dapat apa yang anda inginkan. Fokus amat penting kerana ia akan sentiasa menjadi panduan untuk anda meneruskan perjalanan di dalam mencapa tujuan anda menjalankan perniagaan MLM untuk menjana pendapatan sampingan.

Iktibar ke empat : Kawal emosi
Jika anda tidak dapat mengekang dan mengawal emosi pihak lawan akan menang. Ini lah yang terjadi kepada pasukan Brazil apabila para pemain gagal mengawal emosi masing-masing dan ianya memakan diri sendiri. Di dalam perniagaan MLM juga kita mesti mengawal emosi kerana emosi yang baik dan positif boleh memberikan kita peluang lebih banyak untuk melakukan sesuatu dengan baiknya.

0 comments:

Catat Ulasan

MILLIONAIRE IN THE MAKING

MILLIONAIRE IN THE MAKING
Klik untuk dapatkan buku ini sekarang!!
Terdapat ralat dalam alat ini
 

Minda Networkers. Copyright 2009 All Rights Reserved