03 Julai 2010

Mengelakkan Sindrom "Hangat tahi ayam" dalam MLM


Seringkali kita melihat rata-rata mereka yang membuat keputusan untuk menyertai perniagaan networking jarang sekali berjaya pada awalnya. Atau lebih mudah saya katakan bahawa kebanyakkannya cuma “hangat-hangat tahi ayam” ketika mula menyertai apa sahaja jenis perniagaan MLM.

Saya juga tidak terkecuali sebagai seorang individu yang mengalami mimpi ngeri tersebut. Namun begitu, pengalaman mengajar segala-galanya. Pada awal penyertaan saya dalam perniagaan berkonsepkan E-Commerce ini, saya menyangka bahawa semuanya begitu mudah seperti yang diceritakan. Dalam hati ini seringkali berkata, “Jika ia begitu mudah, kenapa masih ramai yang tidak mahu melakukannya?”

Maka tindakan adalah seterusnya ialah melakukan apa yang diajar oleh penaja iaitu sistem duplikasi. Duplikasi ini bermaksud peniruan. Dalam konteks MLM / Networking Business, peniruan ini adalah seperti adalah melakukan sesuatu perkara yang sama seperti penaja anda dan yang berikutnya sama ada dari segi penjualan, pembelian produk atau sesuatu yang berkait dengannya.

Namun ia seperti yang disangka, sistem duplikasi yang disangka mudah tidak akan menjadi sekelip mata. Saya mengambil keputusan untuk mengaku kalah pada awalnya kerana ia seumpama ditipu bulat-bulat oleh penaja yang cuma tahu memberikan kata-kata manis agar saya menyertai perniagaan ini. Tetapi, mengaku kalah bukanlah sifat saya.

Apa yang saya lakukan ialah mendekati mereka yang telah berjaya dalam perniagaan ini untuk menyelongkar segala yang dikatakan “Rahsia Kejayaan Usahawan MLM”. Apa yang dapat saya bongkarkan dalam artikel ini hanya salah satu daripada pengalaman saya setelah bertanyakan beberapa soalan yang berkualiti kepada mereka yang membuatkan mereka begitu teruja untuk memberikan jawapan tanpa mempunyai sebarang rasa ragu-ragu.

Pengajaran Pertama: Perlunya Ada Mentor
Mentor disini bermaksud mereka bukan sekadar orang yang diberi jolokan “Seorang yang telah berjaya”, tetapi seseorang yang boleh anda percaya. Jelas sekali bahawa mentor ini dapat membantu anda untuk membawa ke jalan kejayaan yang diimpikan.

Pada awalnya, perkara ini amat pahit untuk saya telan kerana rata-rata mentor yang saya ketahui berdasarkan pengalaman hanya tahu “mengambil kesempatan” terhadap protegenya. Namun, pemikiran negatif sememangnya menghasilkan keputusan yang mengecewakan. Saya cuba berpindah kearah yang sebaliknya, iaitu memikirkan sesuatu yang positif. Inilah hasilnya…

Ada betulnya kita memerlukan mentor dalam setiap perkara yang kita impikan
Dalam perniagaan networking, kita seumpama satu pasukan yang bergerak untuk mencapai impian masing-masing. Setiap perjuangan didorong oleh semangat berpasukan yang tidak pernah pudar. Namun apa yang membezakannya ialah sejauh mana individu yang memimpin pasukan itu dipercayai oleh rakan-rakan pasukan yang lain?

Dengan kata lain, mentor itu adalah seseorang yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi untuk membantu rakan pasukan yang lain maju dalam perniagaan tersebut. Lantas saya tidak lagi menyangkal bahawa perlukah ada seseorang mentor? Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ayat perlu itu harus ditukar kepada WAJIB.

0 comments:

Catat Ulasan

MILLIONAIRE IN THE MAKING

MILLIONAIRE IN THE MAKING
Klik untuk dapatkan buku ini sekarang!!
Terdapat ralat dalam alat ini
 

Minda Networkers. Copyright 2009 All Rights Reserved