06 Julai 2010

Bersedia Menemui Prospek


 
Berikut merupakan beberapa tips untuk anda semak sebelum berjumpa dengan prospek anda.

Ilmu Pengetahuan
Dapatkan ilmu sebanyak yang mungkin. Ini termasuk ilmu penajaan, rpoduk, pengurusan dan ceramah. Apabila anda sudah memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi, anda dapat menggunakan setiap pengetahuan yang dimiliki. Pendek kata, apabila anda menemui prospek nanti, setiap soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan baik. Bahkan, anda boleh memberikan maklumat tambahan dan ini pasti memberikan kepuasan kepada prospek.

Dalam MLM, ilmu tidak pernah kurang dan habis. Ilmu sentiasa tercipta dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Cuma, anda yang perlu mencari ilmu sepanjang masa. Jadikan mencari ilmu sepanjang hayat. Jika anda masih baru, sentiasa mengikut dan bersama upline. Duplikasi segala gerak kerja yang mereka lakukan. Perhatikan betul-betul dan praktikkan dengan segera.

Anda perlu cepat berdikari. Lebih cepat anda berdikari, lebih baik. Pelajari setiap pengalaman yang anda alami. Belajar daripada pengalaman merupakan ilmu yang tiada tolok bandingnya. Pelajari juga daripada pengalaman orang lain. Lebih – lebih lagi, mereka yang berjaya dalam MLM. Ingat! Ilmu boleh anda dapati daripada upline, mesyuarat, kursus, CD, buku dan pengalaman.
 
Persediaan Produk
Apabila anda hendak menaja, adakah berkesan dengan hanya menggunakan katalog semata – mata? Apabila anda hanya menggunakan katalog, ianya kurang berkesan. Zaman ini adalah zaman perlumbaan produk. Jadi, apabila anda hanya menggunakan katalog sewaktu hendak bertemu dengan prospek, tidak mustahil anda gagal.

Lain pula halnya dengan orang yang berpengalaman. Mereka tidak perlukan produk. Hanya kebolehan komunikasi, mereka boleh menaja prospek. Bagi mencapai hingga ke tahap ini, ia memerlukan masa yang panjang dan pengalaman.

Apabila anda masih baru, baik sediakan produk. Pastikan produk yang disediakan itu, mampu di beli oleh prospek. Hafal setiap fungsi produk. Cuba dapatkan testimoni atau bukti kelebihan produk. Supaya ia tampak lebih berkesan lagi, bawalah produk yang anda selalu gunakan. Cara ini lebih berkesan. Bercerita melalui pengalaman lebih memberikan kesan dan kejayaan.

Maklumat Prospek
Anda juga perlu tahu maklumat tentang prospek. Ini bagi mengelakkan perjumpaan anda dengan prospek secara membuta tuli. Apabila berjumpa dengan prospek yang kaya, takkan anda hendak menerangkan pendapatan lumayan yang bakal mereka dapat. Begitu juga apabila berjumpa dengan prospek wanita, takkan anda hendak terangkan tentang barangan kaum lelaki. Sikit-sikit tu bolehlah.

Apabila prospek tidak berduit, anda boleh memberikan peluang kepadanya menjadi pengedar baranan atau dengan kata lain, downline anda. Apabila maklumat yang anda dapat itu mencukupi, bersedialah untuk menemui prospek anda. Dapatkan juga maklumat prospek yang seterusnya. Misalnya, anda ke rumah A, apabila selesai berjumpa dengannya, lakukan satu lagi tugas iaitu minta daripadanya alamat serta nombor telefon rakan-rakan yang dikenalinya. Ajak dia pergi bersama anda.

Temu Janji dengan Prospek
Apabila anda mengumpulkan maklumat peribadi prospek, selepas itu, buat temu janji dengan prospek. Jangan beritahu dengan lengkap tujuan anda ingin bertemu dengannya. Apabila prospek tahu, pasti dia memberi banyak alasan yang konkrit supaya tidak bertemu dengan anda. Timbulkan suasana ingin tahu prospek dan dia tentu hendak bertemu dengan anda. Jangan mengajak bertemu tetapi berselindung seolah – olah ‘ada udang di sebalik batu’. Keikhlasan amat penting dan ianya lahir daripada riak wajah anda.

Anda juga boleh menelefon prospek dan buat temu janji. Jangan rasa takut untuk membuka mulut. Belajar daripada upline anda tentang cara – cara memulakan percakapan semasa bertemu dengan prospek. Berikut saya berikan 3 contoh untuk memulakan percakapan.

“Saya hendak bertemu dengan saudara kerana ada perkara penting yang hendak dibincangkan.”

“Saya ada satu rahsia yang penting dan ingin benar nak berkongsi dengan saudara.”

“Jika saudara hendak mengubah kualiti ekonomi anda, saya ada formulanya”

Sebenarnya, teknik memulakan percakapan semasa temu janji ada banyak cara dan fleksibel. Saya percaya, anda sudah tentu ada banyak idea yang lebih bernas dan berkualiti.

0 comments:

Catat Ulasan

MILLIONAIRE IN THE MAKING

MILLIONAIRE IN THE MAKING
Klik untuk dapatkan buku ini sekarang!!
Terdapat ralat dalam alat ini
 

Minda Networkers. Copyright 2009 All Rights Reserved