06 Julai 2010

7 Sebab kenapa gagal MLM


Ramai yang gagal di dalam perniagaan MLM walaupun dah mencuba banyak kali. Kebiasaannya selepas gagal beberapa kali mereka terus menyerah kalah dan terus serik di dalam menjalankan perniagaan MLM.

Kenapa harus jadi begitu? Adakah industri MLM yang harus di persalahkan? Baiklah, mari kita senaraikan 7 sebab kenapa gagal di dalam MLM.

1) Minda (mindset)

Ramai yang menyertai MLM kerana ikut-ikut atau kerana melihat ada rakan-rakan yang berjaya dan mereka ingin sama melakukannya. Hanya ada budaya ikut-ikut dan tidak ada kesungguhan. Bidang MLM adalah satu bidang yang amat berbeza dengan bidang pekerjaan. Jadi perlu mindset yang betul. Tidak harus mempunyai mindset seorang pekerja tetapi ingin melakukan perniagaan MLM.

Minda dari seorang pekerja (EMPLOYEE) mesti di tukar kepada minda seorang usahawan (BUSINESS). Sebagai contoh seorang pekerja bekerja kerana wang. Tetapi minda seorang usahawan ialah bekerja kerana pengalaman. Dan wang akan datang selepas anda menimba pengalaman dan mengaplikasikan apa yang betul untuk sukses di dalam MLM. Dalam kata lain mengambil tindakan yang sewajarnya.

2) Tiada Matlamat yang jelas (kabur)

Oleh kerana menyertai MLM hanya ikut-ikutan dan ingin mencuba-cuba, maka ramai yang tidak mempunyai matlamat yang jelas. Mereka tidak tahu apa yang mahu di capai, bila dan bagaimana. 

3) Tidak tahu KENAPA (why) melakukan MLM

Ramai yang menyertai MLM tetapi tidak mempunyai SEBAB yang kuat kenapa mereka menyertai MLM. Mungkin ada yang mempunyai sebab tetapi mereka keliru. Biasanya terjadi kerana minda mereka masih lagi berada di tahap sebagai seorang pekerja.

4) Tidak mempunyai pengetahuan yang kuat

Mereka tidak memahami pelan pemasaran, tidak tahu pengetahuan produk dan juga tidak mengetahui tentang syarikat yang mereka wakili. Kebiasaannya ini semua diajar di dalam latihan-latihan dan seminar yang di berikan oleh pihak syarikat atau upline, tetapi bagi gologan ini mereka tidak berminat untuk hadir.

Dan salah satu puncanya kerana mereka tidak punyai sebab yang kuat dan juga tidak ada matlamat yang jelas di dalam menjalankan perniagaan MLM.

5) Tidak ikut sistem yang betul

MLM juga tidak lari daripada perniagaan yang lain-lain. Ada cara yang boleh di lakukan dengan betul dan ada juga caranya di mana ianya di lakukan dengan cara atau kaedah yang salah.

Jika melakukan MLM dengan cara dan mengikut sistem yang betul, pasti bisnes MLM ini akan mencapai kejayaan. Cara dan kaedah yang salah, mungkin akan menyebabkan kejayaan yang di capai tidak berkekalan.

6) Menyertai syarikat yang salah

Ada syarikat MLM yang berkekalan lama dan ada yang hanya bertahan di dalam jangkamasa yang amat singkat. Di sebalik keghairahan ramai orang ingin menjadi ahli pertama dan menyertai syarikat yang baru, seringkali ianya membawa padah.

7) Cepat menyerah kalah

MLM adalah satu permainan masa yang panjang. Untuk membina jaringan yang kukuh ianya mengambil masa yang lama. Ramai yang tidak sabar dalam membina jaringan kerana minda mereka masih di dalam tahap pekerja, maka jika hanya bonus yang kecil di terima pada peringkat awal mereka akan awal-awal lagi menyerah kalah. Padahal jika ditunggu dan terus melakukan sistem yang betul, pasti akan ada hasil yang memberangsangkan kunjung tiba.

Untuk berjaya anda harus memperbetulkan ketujuh-tujuh perkara di atas.

Perubahan dan kejayaan akan mengambil masa yang panjang. Mungkin 2-4 tahun tetapi ianya adalah lebih pendek daripada bekerja untuk selama 40 tahun.

Pilihan di tangan anda !

0 comments:

Catat Ulasan

MILLIONAIRE IN THE MAKING

MILLIONAIRE IN THE MAKING
Klik untuk dapatkan buku ini sekarang!!
Terdapat ralat dalam alat ini
 

Minda Networkers. Copyright 2009 All Rights Reserved