01 Julai 2010

Perlukah Saya Menjual?



Terfikir saja kena menjual sudah cukup untuk membuat mereka yang berminat menceburkan diri dengan perniagaan jualan langsung MLM melupakan hasrat mereka. Perkataan "menjual" membuatkan 95% dari "prospek" perniagaan jualan langsung MLM mengatakan mereka tidak berminat.

Perlukah anda "menjual" untuk berjaya dalam perniagaan jualan langsung MLM? Jawapannya; TIDAK dalam erti kata yang sebenarnya.

Anda tidak perlu pergi menjual dari rumah ke rumah untuk berjaya dalam perniagaan jualan langsung MLM. Kesemua program MLM yang saya tahu, mengajar anda untuk berkongsi kualiti produk mereka dengan kenalan, jiran dan saudara mara anda. Itu saja "menjual" yang perlu anda buat, tetapi saya lebih suka memanggilnya berkongsi kerana itulah sebenarnya apa yang dilakukan. Anda tidak "menjual" tetapi berkongsi tentang kebaikan sesuatu produk. Orang akan membeli jika mereka nampak kebaikan yang akan mereka perolehi dari penggunaan produk berkenaan. Ingat, saya tidak mencadangkan anda untuk "memaksa" kenalan, jiran dan saudara mara anda untuk membeli produk yang anda "jual". Cadangan saya, anda berkongsi secara ikhlas tentang kebaikan produk yang anda perkenalkan. Terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan samada produk berkenaan baik untuk mereka.

Ada di antara kita yang tidak suka apabila ada orang ingin menjual produk kepada kita. Begitulah dengan orang lain, mereka juga tidak suka bila orang menjual produk kepada mereka. Hakikatnya ramai orang suka membeli, tetapi mereka tidak suka "dijual". Mereka akan membeli apabila mereka berpendapat sesuatu produk itu baik untuk mereka.

Jika itu saja yang perlu saya lakukan, tidak seberapa hasil yang akan perolehi. Mana mungkin saya boleh menjadi kaya raya? Persolan ini membawa saya ke topik "Menjual lawan Menaja".

Kebanyakan usahawan perniagaan jualan langsung MLM memulakan perniagaan dengan harapan untuk membuat RM 500, 1,000 atau 2,000 sebulan. Apabila telah menjalankan perniagaan untuk beberapa bulan, mereka sedar yang mereka boleh memperolehi RM 5,000 atau 10,000 sebulan jika mereka benar-benar serius. Usahawan perniagaan jualan langsung MLM tidak akan mendapat sebegitu banyak pendapatan dengan hanya menjual produk. Pendapatan lumayan hanya akan diperolehi apabila mereka membina perniagaan mereka melalui penajaan. Ini boleh diibaratkan seperti anda membuka rangkaian kedai anda.

Kita akan bincang bagaimana penajaan ahli baru akan memberi impak yang besar kepada perniagaan jualan langsung MLM anda.

Jika anda taja 2 orang sebagai ahli aras pertama anda dan mengajar mereka menaja 2 orang ahli aras pertama mereka, anda akan mempunyai 4 orang ahli di aras kedua. Jika anda mengajar ahli aras pertama anda bagaimana hendak mengajar ahli aras pertama mereka menaja 2 orang, anda akan mempunyai 8 orang ahli di aras ketiga. Begitulah seterusnya, jika anda mengajar ahli aras pertama anda membina organisasi mereka sebagaimana yang anda lakukan, anda akan mempunyai 16 orang ahli di aras keempat. Sekarang anda sudah mempunyai 30 orang usahawan dalam rangkaian perniagaan jualan langsung MLM anda.

Bayangkan jika masing-masing menaja 3 orang, cuma lebih seorang berbanding contoh di atas. Anda akan mempunyai 120 orang usahawan dalam rangkaian perniagaan jualan langsung MLM anda. Jika masing-masing menaja 4 orang, anda akan mempunyai 340 orang usahawan dalam rangkaian anda.

Bagaimana jika masing-masing menaja 5 orang. Anda akan mempunyai seramai 780 orang dalam rangkaian perniagaan jualan langsung MLM anda. Bandingkan 780 dengan 30. Perbezaannya bukan 750 orang tetapi hanya 3 orang sahaja. Inilah rahsia kejayaan dalam membina rangkaian perniagaan jualan langsung MLM anda.

Katakan kesemua 780 orang usahawan dalam rangkaian anda masing-masing membeli produk dengan nilai mata RM 300 sebulan. Jumlah jualan bulanan anda sudah mencapai RM 224,000 sebulan. Jumlah bonus yang anda akan terima adalah di antara RM 5,000 hingga 15,000 bergantung kepada syarikat yang disertai.

Jika setiap usahawan dalam rangkaian anda masing-masing mempunyai 10 orang pelanggan yang membuat belian purata dengan nilai mata 100 sahaja. Jualan yang berjumlah RM 780,000 (nilai mata) ini merupakan bonus tambahan kepada setiap usahawan dan penaja mereka.

Bukankah ini satu perniagaan yang sangat menguntungkan?

0 comments:

Catat Ulasan

MILLIONAIRE IN THE MAKING

MILLIONAIRE IN THE MAKING
Klik untuk dapatkan buku ini sekarang!!
Terdapat ralat dalam alat ini
 

Minda Networkers. Copyright 2009 All Rights Reserved